Archive for Ranjau Kehidupan

Cara Membuat Karipap Adik-Kakak

dsc00017.jpg

Assalamualaikum wbt.,

Sebenarnya kita cadang untuk menulis tentang cara-cara membuat karipap ini semasa cuti sekolah.  Malangnya kita belum pandai memuatturun gambar-gambar yang telah di ambil oleh abah kita dari telefon bimpitnya ke dalam komputer kita.  Lagi pun abah kita tentu tak bagi usik telefonnya itu.

Read the rest of this entry »

Comments (8) »

Flower Girl

flower_girl.jpgflower_girl__2.jpg

Salam, ke..ke..keh…ni kita jadi flower girl awal tahun 2007 dekat rumah Oyang Uda kita di Petaling Jaya.  Bestla juga… sebab dapat duduk dekat dengan pengantin dan dapat pakai selendang dan tiara pengantin…saja kita suka-suka aja… sementara masih di sekolah rendah… bila kita dah masuk tingkatan 1 nanti mak kita tak bagi dah buat benda “public” macam ni.

Read the rest of this entry »

Comments (3) »

Tadarus 30 Juzu’ di Al-Kauthar dan Forum Perdana AnNur

mengaji.jpg

Pertama sekali kita nak minta maaf pada Along.  Ummi kata Along tak suka letak gambar dia kat Internet, tapi gambar ni tak nampak muka dan kecil sahaja.  Kita cari gambar kita mengaji dengan adik tak ada.  Yang ada gambar Along dengan Bangah ni sahaja.  Ummi kata masa ni Along darjah 5 dan Bangah darjah 3.  Harap Along tak marahlah sebab ni pun gambar lama masa along kecil …tak nampak muka Along pun…(Ummi kata nanti ummi carikan gambar lain untuk kita letak dalam catatan hari ini..ke..ke..keh, ummi suruh kita letak yang ini dulu nanti masa kita tidor ummi cari lagi….).

Read the rest of this entry »

Comments (8) »

MuslimahPuff Girls

254684322l.jpg

Salam,

Kita buat blog ni sebab tengok banglong (abang sulong) kita buat macam best je.  Kita namakan blog ni Ar-ruhul Jadeed sebab banglang (abang kita yang nombor 3) kita yang sekolah kat SBI Rawang baru balik cuti hari ni.  Banglang kata maksudnya Roh baru.  Kita suka nama tu sempena semangat baru kita nak jadi muslimah sejati@muslimahpuff girl he he…kita buat azam baru ni sejak minggu lepas 9.8.2007.  Mak kita kata kita kene jadi baik sebab kita dah 10 tahun…dah besar…lagi pun hari ni first day cuti pertengahan penggal dua.  Kita nak sangat pergi program Makmal Saintis Muda.  Tapi yuran dia mahal sangat.   Ayah kita kata duduk rumah pun boleh jadi saintis jugak kalau buat kerja-kerja yang memerlukan kita berfikir.  Mak kita cadang macam-macam.  Salah satunya buat blog ni.  Kita dah tengok2 la abang kita buat.  Jadi kita nak cuba tengok…kalau best kita teruskan…kalau boring kita cari hobi baru untuk jadi saintis muda..ke..ke..keh ok da..da 

Comments (19) »