Archive for Chess

Main Chess

Tgh main Chess !

Ni (yang pakai tudung putih tu) kita main chess masa 5 tahun.  Masa tu kita tak nak main chess, kita saja-saja je conteng-conteng borang daftar sebab boring ikut abah kita jadi arbiter masa tu.  Tengok-tengok auntie Linda ambil borang kita tu dan bagi pada arbiter.  Bila keluar pairing nama kita ada pulak.  Abah kita suruh masuk juga sebab dah ada nama…kita dapat 1 markah dari 6 game kot…ke..ke..keh..itupun sebenarnya lawan kita mintak seri sebab dia nak balik cepat tapi arbiter kata tak boleh..kalau nak balik kena resign…jadi kita dapatla markah percuma 1.  Inilah permulaan kita mula melibatkan diri dalam permainan catur.  Kalau tengok tarikh pada gambar tu 2005 tetapi tournament ni 2002, abah kita tak set tarikh pada kamera tu.  (Mak kita tak bagi cakap macam budak-budak…susah juga nak cakap bahasa macam buku..tapi mak kita kata nanti kalau cakap bahasa budak-budak macam bahasa pasar tu..UPSR susah nak lulus bahasa Melayu…kita cuba lah ye ke ke keh)…

 

Comments (10) »