Tadarus 30 Juzu’ di Al-Kauthar dan Forum Perdana AnNur

mengaji.jpg

Pertama sekali kita nak minta maaf pada Along.  Ummi kata Along tak suka letak gambar dia kat Internet, tapi gambar ni tak nampak muka dan kecil sahaja.  Kita cari gambar kita mengaji dengan adik tak ada.  Yang ada gambar Along dengan Bangah ni sahaja.  Ummi kata masa ni Along darjah 5 dan Bangah darjah 3.  Harap Along tak marahlah sebab ni pun gambar lama masa along kecil …tak nampak muka Along pun…(Ummi kata nanti ummi carikan gambar lain untuk kita letak dalam catatan hari ini..ke..ke..keh, ummi suruh kita letak yang ini dulu nanti masa kita tidor ummi cari lagi….).

Semalam masa Forum Perdana tu kita melukis komik sebab  Ummi tak bagi tidor.  Adik tidor juga sebab dia penat.  Ummi kata kalau melukis dengar juga walaupun sikit tak apa.  Yang kita tahu Ustaz cakap tentang bulan Syaaban dan Ramadan.  Tapi kita dapat buat 2 komik.  Umi yang bagi tajuk.  (1) Senyum itu Sadaqah (2) Perhiasan Dunia Hanya Sementara (tajuk ni berkaitan dengan tajuk ceramah tu).  Tadi ummi minta komik tu tapi kita dah buang.  Ummi kata lain kali jangan buang sebab boleh scan masuk dalam catatan pada blog kita ni.

Hari ni pulak kita pergi tadarus 30 juz.  Group kita ada 5 orang.  Kita, sorang makcik yang kita tak kenal, anak Cikgu Mastura yang sama kelas dengan BangTeh, Cikgu Mastura dan Ummi.  Kita seronok walaupun baca lambat tapi dapat masuk kumpulan orang dewasa.  Alhamdulillah Cikgu Mastura dan makcik tu sabar dengan bacaan kita yang lambat.  Kita takut juga kalau-kalau ahli kumpulan kita tak bagi baca satu muka sebab baca lambat.  Jadi kami baca seorang satu muka sebanyak empat pusingan sampai 9:15 baru habis.  Lepas tu baca ad-duha sampai habis dan baca doa khatam, solat isya dan ada jamuan. 

 
(video ni ummi kita pilih surah Al-Mulk sebab BangTam kita tengah cuba menghafal surah ni, harap-harap dia rajin masuk sini nanti…)

Umi kata surau Al-Kauthar ni macam kampung, kalau ada program mesti ada makan-makan.  Kita makan tembikai je, ummi suruh rasa sikit nasi dan daging kita makan lah dua tiga suap.  Lepas tu kita buat puppet dengan cawan “foam”.  Adik biasa lah, tak suka makan, dia makan tembikai sahaja…sebab tu dia kurus kering.  Ummi pulak memang tak sempat makan di rumah tadi tapi tak berani nak makan sebab lauk daging, ummi takut sakit kepala darah tinggi…tapi makanlah jugak sikit.  Lepas tu makcik Ani (makcik Abang Omar yang duduk serumah dengan Along Pesal kita) duduk bersembang lama lah jugak dengan Ummi.  Makcik Ani dengan mak Ababg Omar baru balik dari Sg Patani sebab abang makcik Ani sakit kuat.  Pukul 10 lebih baru kita balik.  Nak buat catatan ni dalam blog tapi BangTeh tengah main komputer.  Umi suruh abang-abang tidor cepat sebab esok nak bangun awal.  Jadi dapatlah kita menulis tapi masih tak pandai masukkan gambar.  Ummi kata tulis sahaja, nanti ummi carikan gambar dan ajar kita buat esok.  Ok, dah lewat ni kita tidor dulu.

Da da!

Kita-Hudaa:D 

 

8 Responses so far »

  1. 1

    FaisaL said,

    akak.. insyaAllah tak marah.. tapi kalau lepas ini nak letak gamba along, jangan letak yang clear atau yang jelas.. tak berapa suka.. maaf kalau menyusahkan akak.. tapi kalau yang macam dalam post ni, insyaAllah boleh.. jangan risau.. teruskan..🙂

    akak.. kalau akak nak belajar lukis komik.. along ada bagi website dah kan?.. dekat dalam post sebelum ini.. kalau tak silap along post muslimahpuff girl..😀

    mengenai tadarus al-quran.. teruskan~ bagus2.. sangat bagus.. teruskan..

    tapi tentang makan.. akak alhamdulillah.. sihat along tengok.. adik tu.. kurus sangat.. nampak tulang kata dekat dia.. ishk3.. suruh dia makan juga.. akak jaga dia ya.. insyaAllah..🙂

    kirim salam dekat semua ya akak..😀

    barakAllahu fikum..

    assalamu’alaikum..

  2. 2

    sabarina said,

    assalamu’alaikum…
    kaifahaluki ya ukhti hudaa…
    huda mesti xkenal akak…
    akak pun xberapa kenal hudaa..
    tupun ummi hada yang ada cite sikit2 pasal huda dalam dewan kuliah 2 minggu lepas…
    nama akak siti sabarina…student ummi huda…
    akak jadi kagum dengan ummi huda,kagum dengan huda…
    pandai ummi huda didik huda…huda patut banyak2 bersyukur dapat seorang ibu macam ummi…
    akak suka baca blog ni…tulisan huda pun akak suka baca….walau simple tapi huda boleh menulis…bagus….
    kalau diizinkan akak mahu sangat kenal dengan ummi huda dan huda dengan lbih dekat..
    moga Allah makbulkan doa akak…amiin ya RABBAL ‘ALAMIN…
    wassalam…salam ukhwah fillah…

  3. 3

    ad_ekiera said,

    teruskan perjuangan demi Islam

  4. 4

    I am sure that there are plenty of positives out there, but what have you seen for yourself? I like to show you my training rate I have read a good joke in internet😉 Why does a turtle live in a shell? Because it can’t afford an apartment.

  5. 5

    HanaPipers said,

    🙂

  6. 6

    extremal said,

    Вне зависимости от того профессионал Вы или только начинаете свой путь на Форексе, с помощью нашего советника Extremal1.0 Вы сможете значительно улучшить свое финансовое положение. extremal24.com
    заработок на автопилоте

  7. 7

    Simply wish to say your article is as amazing. The clarity for your put up is simply great
    and i could assume you are knowledgeable in this subject.

    Well along with your permission allow me to take hold of your RSS feed to stay up to date with forthcoming post.
    Thank you one million and please keep up the gratifying work.

  8. 8

    Saraimpofs said,

    Yo,

    Today I want share with you my favorite service to send anonymous emails with attachments,
    Test it for free from here : anonymous email with attachments
    Have fun, and contact me if you have questions !

    Regards,
    Sarah


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: