Main Chess

Tgh main Chess !

Ni (yang pakai tudung putih tu) kita main chess masa 5 tahun.  Masa tu kita tak nak main chess, kita saja-saja je conteng-conteng borang daftar sebab boring ikut abah kita jadi arbiter masa tu.  Tengok-tengok auntie Linda ambil borang kita tu dan bagi pada arbiter.  Bila keluar pairing nama kita ada pulak.  Abah kita suruh masuk juga sebab dah ada nama…kita dapat 1 markah dari 6 game kot…ke..ke..keh..itupun sebenarnya lawan kita mintak seri sebab dia nak balik cepat tapi arbiter kata tak boleh..kalau nak balik kena resign…jadi kita dapatla markah percuma 1.  Inilah permulaan kita mula melibatkan diri dalam permainan catur.  Kalau tengok tarikh pada gambar tu 2005 tetapi tournament ni 2002, abah kita tak set tarikh pada kamera tu.  (Mak kita tak bagi cakap macam budak-budak…susah juga nak cakap bahasa macam buku..tapi mak kita kata nanti kalau cakap bahasa budak-budak macam bahasa pasar tu..UPSR susah nak lulus bahasa Melayu…kita cuba lah ye ke ke keh)…

 

10 Responses so far »

  1. 1

    FaisaL said,

    hehe.. teruskan main chess.. bagus main tu.. daripada tak buat apa.. lagi baik main chess..🙂

    mengenai bahasa.. insyaAllah akan lebih baik.. teruskan~ 😛

    pasal UPSR pula.. kene lulus! bahkan kene A!😀

  2. 2

    aaduh97 said,

    Terima kasih Along, Along selalu bagi semangat pada akak, Along pun macam Kakak Balqis suka eja macam tu, ummi marah tau! Mungkin ummi marah akak sahaja “kot”! Nanti dengan akak Along eja betul-betul tau. Sebab Along dah lulus UPSR tak apalah, tapi akak nanti “confuse” kalau Along selalu eja macam tu! (contohnya kena=kene …ke ke keh jangan marah…).
    I love you, I miss you, da da..

    Akak-Hudaa:)

  3. 3

    aaduh97 said,

    Oh..lupa nak cakap pada Along, rating akak dah seribu lebih …dah lebih dari BangTam…ke..ke..keh tapi akak tahu akak mesti usaha lagi..BangTam sebab dah lama tak main dan tak minat sangat..Rating akak bertambah masa dekat Grand-Prix CAS.

    Ok, I love you, I miss you, da da…

    Akak-Hudaa:)

  4. 4

    baLQis said,

    Assalamualaikum..

    Benarlah kata-kata ummi Hudaa tu. Salah satu faktor kepincangan bahasa dalam masyarakat Melayu,adalah disebabkan penggunaan bahasa yang diambil enteng sejak zaman kanak-kanak. Lebih-lebih lagi, bila “Bahasa Melayu yang tidak sempurna” didedahkan pada pelajar di awal persekolahan lagi. Era teknolgi yang sedang melanda masyarakat kita, mendedahkan manusia pada “kemodenan” di awal-awal usia, menyebabkan kanak-kanak menjadi mangsa; terpaksa bertarung dengan “kemodenan bahasa” untuk meluluskan subjek Bahasa Melayu di sekolah. Hudaa lah salah seorang mangsanya. Baiklah, bermula pada saat ini, gunakan ayat buku teks. Dalam erti kata lain, bahasa baku, bahasa asli Bahasa Melayu. Selamat Belajar Bahasa Melayu! (untuk akak dan Kak Balqis)..

    adei..skema pun skema la.. hehe.. (ni bukan bahasa buku teks! jgn tiru!)🙂

  5. 5

    FaisaL said,

    hehe.. sama-sama.. maaf salah ejaan sebelum ini.. :p

    bagus-bagus.. teruskan lagi.. biar lebih abang-abang yang lain pula.. insyaAllah.. ajak adik main sekali dengan akak.. dia suka main juga.. insyaAllah..🙂

    along memang dah lepas UPSR.. tapi seharusnya menjaga bahasa lagi.. kerana.. seperti apa yang dikatakan oleh Puan Ainon, salah seorang ahli sastera dan juga merupakan guru “senior” kepada sasterawan muda… atau juga dikenali dengan Sifu PTS.. katanya..

    “Gaya bahasa macam gaya bahasa saudara ini tidak digunakan dalam al-Quran, mahu pun dalam sunnah Nabi Muhammad SAW. Semua ejaan dalam Quran adalah ejaan sempurna, dan Nabi Muhammad tidak bercakap menggunakan bahasa macam bahasa budak belum matang dan rendah taraf pendidikannya.”

    teruskan berbahasa dengan Bahasa Melayu~

    Yang kurik itu kendi
    Yang merah itu saga
    Yang molek itu budi
    Yang indah itu bahasa

    sayang dari along,🙂

    wassalamu’alaikum..

  6. 6

    aaduh97 said,

    Salam Along,

    Maaf sebab jawab lambat…..sibuk dengan MuslimahPuffGirls punya “comment” itu. Terima kasih sebab “comment”…..maaf lah, akak “comment” sikit sahaja…..

    I love u~

    akak-Hudaa:D

  7. 7

    kak hidayah said,

    assalamualaikum adik huda

    akak kagum dengan kesungguhan adik menulis blog ruhul jadeed ni.
    teruskan usaha.semoga kalian sekeluarga diberkatiNya dalam segenap musim dan peristiwa!

  8. 8

    aaduh97 said,

    Waalaikummussalam wbt. Kak Hidayah,
    kita buat blog ni sebenarnya tak rancang. Masa tu cuti sekolah penggal 1. Kita nak sangat pergi kem sains tapi tak cukup bajet. Mak kita tak nak kita sedih jadi dia buatlah kursus cara buat blog guna wordpress. Abang kita yang besar-besar tak minat. Abang kita yang ke-6 dengan adik kita Ariff sahaja yang minat. Tapi komputer yang laju ada 1 sahaja masa tu jadi mereka tolong kita taip dan bagi idea masa tu kita taip lambat tapi sekarang dah laju sikit.

    Bila sekolah dibuka semula kita sibuk sangat. Sekolah pagi sampai petang. Balik mandi,makan,mengaji (tapi selalu jugak ponteng ngaji huhu). Selepas tu ada program magrhib hingga isyak pastu tidur. Dah lama tak buka blog sampai terlupa password. Ni baru dapat balik selepas along dengan mak kita cuba-cuba macam-macam. Itu pun sebab ada coment Kak Hidayah kita nak jawab tak boleh, terima kasih sebab bagi coment jadi kita dapatlah aktif balik harap-harap berterusan. Bukan aktif masa cuti sahaja.

    Yang benar,
    😀 Hudaa😀

  9. 9

    ad_ekiera said,

    salam,,hudaa,,
    all the best in your life..
    may Allah bless you..
    ameen..

  10. 10

    kayzet said,

    Assalamualaikum w.r. Hudaa,

    Kan Ahad baru ni (masa harijadi akak) ada main chess juga bersama adik & AbangNgah, mana gambarnya ? Atau sebab Abah kata akak ‘naughty birthday girl’ ke akak tak letak apa2 pun tentang chess di sini lagi… tak per lah… Ahad lalu ni pun ‘hari bapa’ tapi akak tak kata apa2 pun… hu hu hu… dah tak sayang Abah dah kot… wslm


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: