Cara Membuat Karipap Adik-Kakak

dsc00017.jpg

Assalamualaikum wbt.,

Sebenarnya kita cadang untuk menulis tentang cara-cara membuat karipap ini semasa cuti sekolah.  Malangnya kita belum pandai memuatturun gambar-gambar yang telah di ambil oleh abah kita dari telefon bimpitnya ke dalam komputer kita.  Lagi pun abah kita tentu tak bagi usik telefonnya itu.

Walaubagaimanapun, sekembalinya kita dari sekolah dua hari lalu, Ummi beritahu kita bahawa abah telah masukkan semua gambar-gambar kita itu ke dalam server.  Malam dan siang hari merdeka semalam, sibuk sikit sebab kita ikut keluarga pergi Surau Annur.  Jadi petang semalam baru mula menulis dan hari ini sambung lagi sebab kita tulis lambat.

Baiklah kita akan mulakan cerita sekarang.  Kulit dan inti karipap kita belum belajar lagi. Ummi yang buatkan.   Ummi kata Ummi ubahsuai dari resepi yang Kak Balqis beri dari emak Kak Balqis dan dari resepi dalam mesra.net. 

Untuk membuat kulitnya, mula-mula campurkan sesudu kecil garam bukit atau setengah sudu kecil garam biasa ke dalam segelas besar air sejuk.  Apabila garam telah larut, masukkan 3-5 ketul ais dan kacau lagi.  Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bekas berisi setengah peket tepung gandum yang telah dicampur dengan sesudu minyak panas.  Gaul semua bahan hingga sebati dan uli hingga lembut. 

Sebelum itu, Ummi telah minta BangTeh potong kulit kentang dan potong kecil-kecil seperti kiub.  Kita dan Ariff tolong juga buat kiub kentang ni.  Ummi juga telah sediakan kiub daging sebelum ini, tak tahu bila tetapi dah siap sedia dalam peti ais, Ummi cuma tunggu daging itu lembut dengan merendamnya dalam mangkuk berisi air.

Untuk buat inti karipap, Ummi tumis bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, bawang merah dan bawang putih hingga garing dan wangi.  Kemudian Ummi masukkan setengah peket kecil serbuk kari yang telah dicairkan dengan air.  Setelah naik baunya Ummi masukkan satu sudu besar cili giling.  Kemudian Ummi masukkan daging dan minta BangTeh kacau sebab Ummi nak sambung buat kerja lain di atas.  Apabila garing, BangTeh masukkan kentang dan kacau lagi.  Kemudian BangTeh kecilkan api, tutup dan tinggalkan sekejap.  Sekali-sekala BangTeh kacau-kacau lagi dan tutup. 

Apabila BangTeh rasa kentang telah lembut dan sedap BangTeh tutup api.  Gambar BangTeh tak ada di sini.  Dia tak suka ambil gambar.  Selalu kalau dia tahu orang nak ambil gambar dia, dia akan lari kecuali kalau Ummi dan Abah yang nak ambil sebab dia takut abah marah.  Kalau dia tahu sekolah nak ambil gambar kelas, Ummi kata dia selalu tak mahu pergi sekolah pada hari ambil gambar. 

Sekarang bolehlah kita mula membuat karipap.  Adik kita Ariff mencanai.  Lihat gambar dia di bawah.  Macam teruk juga dia nak canai, kita nak buat dia tak bagi, dia kata Ummi suruh dia buat.

karipap-adik-1.jpg

Setelah Ariff canaikan hingga nipis, kita potong tepung itu menggunakan acuan donat untuk menjadikan bulatan.  Setelah itu kita masukkan sesudu inti karipap dan rapatkan dua tepi bulatan untuk membentuk semi-bulatan.  Kita picit hujung kanan dengan ibu jari dan tolak separuh bekas picitan ibu jari itu ke dalam dan buat picitan kedua.  Ulang picitan ini sehingga sampai ke hujung satu lagi.  Perbuatan ini dinamakan “mengelim karipap”.

dsc00011.jpg

Karipap yang siap dikelim diletakkan atas pinggan leper yang telah ditaburkan tepung.  Tepung ditabur atas pinggan supaya karipap tidak melekat dan mudah diangkat apabila bersedia untuk digoreng.  Apabila penuh pinggan, kita panaskan minyak dan berdiri atas kerusi untuk goreng karipap.  Kita tak cukup tinggi jadi kena guna kerusi untuk menggoreng.

dsc00012.jpg

Apabila karipap berubah warna dari kuning pucat menjadi kuning emas, alihkan.  Apabila kedua-dua belah telah menjadi garing iaitu telah bertukar warna kepada kuning emas, sediakan bekas penapis yang dialas tuala kertas atau tisu tebal dan angkat menggunakan pengepit. 

dsc00015.jpg

Susun karipap dalam pinggan supaya nampak menarik.  Walla! “Karipap Adik-Kakak” kini siap untuk dimakan.

dsc00018.jpg

8 Responses so far »

  1. 1

    aaduh97 said,

    Salam Along,

    Gambar yang terakhir itu melebar…..Dulu ummi dah ajar tukar gambar lebar jadi tegak masa buat Flower Girl tu…..tetapi…..akak dah lupa. Akak tanya Ummi tadi tetapi Ummi kata Ummi pun dah tak ingat, Ummi nak hantar BangTeh pergi tusyen, tak sempat nak cuba tengok. Along boleh tolong tak?

    Terima kasih Along!!!!!

    Da…Da…

    I love u~

    akak-Hudaa:D

  2. 2

    bazella said,

    assalamualikum dek……..mesti sedapkan karipap tu…

  3. 3

    aaduh97 said,

    Waalaikummussalam Kak Bazzella,

    Tak tahu lah kalau orang lain makan sedap ke tak tapi kita sekeluarga yang tengah lapar pada masa tu sedap je.

    Yang benar,
    😀 Hudaa 😀

  4. 4

    kak cik said,

    salam alaiki,deq hudaa..

    waa..kecik2 da rajen.. akak mesti slalu tlg ummi,kn.. 🙂
    akak blaja rajen2 ye.. nnti bile besa, akak dah keje, bulih buat bisness sambilan.. nnti kak cik jd pelanggn tetap akak tau.. *peace*

    kak cik,
    najibah~

  5. 5

    kak cik said,

    opss.. maaf ye akak.. tak guna bahasa melayu ‘standard’ (ayt cikgu bm kak cik.. hihi~) lain kali, kak cik guna bahasa yang betul.. selamat berjuang di medan UPSR.. ma’a taufiq wa’najah..

  6. 6

    syamilah said,

    smekom….boleh berkenalan,awak ni memang pandai ek buat kuih saya x pandai buat kuih,boleh x awak mengajar saya cara cara membuat kuih tat,please replay.

  7. 7

    nurul said,

    assalammualaikum boleh tak awak tolong saya buat kek coklat tolong balas

  8. 8

    kak liza said,

    ala.. comelnyer… rajin tolong umi, ye~ =)


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a comment